

Perasmian Pameran Artgeng kali ke 6 2022
tarikh : 20 November 2022 (Ahad)
Masa : 3.30 pm



Pagi berkabut berhari-hari
Terbang melayang ke hutan jati
Kami menyambut sepuluh jari
Semoga berkenan di dalam hati

SELAMAT DATANG




Kata Aluan
"Kami memandang setiap karya mengikut standardnya sendiri tanpa membandingkannya dengan karya yang lainnya. Apa yang kami utamakan ialah sesuatu yang dapat kami pelajari dari setiap karya yang ada"
NORAZLAN AHMAD
PENGASAS ARTGENG
​
"




UCAPAN PERASMIAN
Dr Hj Baharuddin Bin Hj Mohd Arus. Beliau merupakan mantan Ahli Lembaga Muzium Negara Malaysia pada tahun 2019 hingga 2021. Beliau juga adalah mantan Profesor Madya di Fakulti Kemanusia, Seni dan Warisan (AKTiF) Universiti Malaysia Sabah. Beliau Pernah bertugas sebagai pensyarah kanan seni lukis di Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darul Salam selama 12 tahun. Dr Baharudin juga merupakan penulis pojok di Utusan Borneo Sabah sejak 2015 sehingga kini. Beliau juga aktif menulis pelbagai buku berkaitan seni. Antara bidang utama penyelidikan beliau ialah Sejarah Seni Asia, Seni dan Budaya Brunei Darul Salam dan Seni Budaya Orang Asli Malaysia. Kini, Dr Baharudin adalah merupakan Pensyarah Pasca Seni di City University Malaysia . Kuala Lumpur .
​
"







%20(2).png)



