Apa yang mahu saya kongsikan di sini?
- Norazlan Ahmad Artspace
- 3 Jul 2021
- 1 min membaca
Termenung lama juga saya sebelum memulakan penulisan ini. Kerap juga beberapa kali padam dan tulis semula. Namun setelah puas termenung, saya fikir apa yang terbaik ialah perkongsian tentang apa yang saya buat, tempuh, rasa dan alami sepanjang hidup saya.
Tentu ada banyak perkara juga dalam perjalanan hidup selama empat dekad. Tentunya ianya menjadi sangat peribadi jika segalanya hendak dikongsikan di sini. Nanti melalut tidak tahu mana pangkal dan mana hujungnya.

Dalam kehidupan saya, perkara paling dekat dengan hati saya adalah seni lukis. Dari kecil seawal umur 6 tahun semampu saya cuba mengingati, hanya kertas dan pensel sahaja yang mampu membuat saya diam. Tiba-tiba teringat selain kertas dan pensel, tukul dan paku juga mampu membuatkan saya gembira. Tukul dan paku adakah permainan saya ketika berumur 5 dan 6 tahun. Penuh paku di dinding rumah kedai milik abah saya di kampung. Tentunya pengalaman sakitnya ibu jari diketuk tukul tetap ada. Serik? tentunya tidak.
Memori kertas dan pensel itu berlaku ketika makcik saya membawa saya ke pusat latihan trengkas dan menaip. Ada lagi kah yang belajar kemahiran tersebut? Abaikan persoalan tersebut. Di pusat latihan tersebut. makcik memberi saya kertas dan pensel supaya saya duduk diam dan tidak kemana-mana. Kanak-kanak berumur 6 tahun tentunya bukan boleh duduk diam. Namun kertas dan pensel mampu membuatkan saya tetap duduk diam. Seingat saya, ketika itu terdapat beberapa gambar potret di dinding pusat latihan tersebut yang menarik perhatian saya untuk meniru dan melukisnya. Jangan ditanya jadi atau tidak potret tersebut. jangan ditanya juga dimana lukisan potret tersebut sekarang.
Saya fikir cukup setakat ini coretan saya.



Komen