Janganlah kejam sangat. Dia baru hidup pun.
- Norazlan Ahmad Artspace
- 5 Jul 2021
- 2 min membaca

"Tak cantik!"
"Buruk!"
"Tak sama pun"
"Ha ha ha itu awak kata monyet?"
"Awak tak pandai melukis!"
"Buat apa melukis. Buang masa saja"
" Itu awak kata harimau? Macam biawak"
"Ha ha ha ha"
Adoi. Budak tu baru hidup di dunialah. Itu boleh buat budak sentap. Baru tengok dunia kot. Janganlah kejam. Kesian dia.
Apabila kita melihat karya anak-anak, janganlah seperti melihat karya orang dewasa. Apatah lagi membandingkan dengan karya pelukis hebat. Melampau sungguh! Anak-anak ni baru nak mencuba. Tiada siapa paksa mereka melukis. Mereka melukis ikhlas dari hati mereka. Hargailah mereka. Pasti ramai ibu bapa yang tidak sampai menghina. Namun tentu ramai yang bersikap acuh tidak acuh kepada hasil usaha anak-anak ini. Janganlah begitu. Hasil lukisan mereka itu adalah buah fikiran, usaha dan kreativiti mereka. Mereka seronok dengan apa yang mereka buat. Hargailah supaya anak-anak ini lahir sebagai insan yang ada jiwa besar.

Ini saya nak sebut sikit nama orang putih yang bernama Sir Herbert Read. Beliau ni aktif menulis dan telah meletakkan asas-asas pendidikan seni pada tahun 1950an. Bukan nak cerita tentang orang putih tu tetapi nak kongsi apa pendapat dia tentang kanak-kanak. Menurut Read, kanak-kanak telah cuba menyatakan pendapatnya sejak lahir. Ia dimulai dengan kehendak-kehendak nalurinya, keinginan untuk mengetahui dunia di luarnya. Dunia pertama yang dikenalinya menerusi ibunya ialah tangisan dan gerakan tangan, selepas itu ia cuba menggunakan 'bahasa primitif' sebagai percubaan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Itu pandangan dia lah. Ianya logik kan?

Dr Viktor Lowenfeld seorang guru seni kelahiran Austria dan kemudiannya aktif di Amerika menyatakan : Seni lukis adalah tidak sama bagi seseorang kanak-kanak berbanding orang dewasa. Bagi kanak-kanak, seni lukis hanyalah satu cara penyataan. Oleh kerana pemikiran kanak-kanak berlainan dengan pemikiran orang dewasa maka pengalaman mereka juga berbeza. Akibat perbezaan itu, timbul banyak kesulitan dan salah faham. Orang dewasa selalu berkehendakkan kanak-kanak melukis dengan kadar yang betul dan skim warna yang "baik" walaupun mereka mengetahui kecantikan lukisan kanak-kanak itu. Bagi kanak-kanak, penyataan seni lukis adalah fenomena yang terhasil daripada desakan kendiri secara semula jadi. Jika mereka tidak melukis dan memberitahu bahawa mereka tidak pandai melukis, ini bermaksud telah ada gangguan kepada kanak-kanak ini sehingga mereka berhenti melukis dan meluahkan.
Berhentilah menghukum dan mengadili seperti kamu pakar. Biarlah anak-anak meluahkan dan berekspresi kreatif. Berilah kepada anak-anak buku lakaran atau buku conteng. Semuanya ada proses secara semula jadi. Ada banyak lagi yang boleh saya kongsikan berkaitan kajian lukisan kanak-kanak ni mengikut umur mereka. Sebenarnya gaya lukisan kanak-kanak ini satu dunia sama. Itu menunjukkan ianya adalah semula jadi. Jika benar hendak mereka melukis dengan kadar yang betul tunggu sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya 10 tahun ke atas. Sepanjang tempoh sebelum itu ajarlah mereka meneroka bahan dan teknik. Bagaimana rupa orang, kereta, rumah, pokok dan sebagainya? Biarkanlah. Sambil-sambil itu doronglah kognitif mereka melihat dan meneliti setiap subjek yang ada di persekitaran mereka. Dengan cara ini persepsi visual mereka akan berkembang dan akhirnya akan mempengaruhi cara mereka melukis sesuatu yang mereka lihat.



Boleh terbit kan buku ni in sha